(perenggan ni boleh skip kalau taknak buang masa)
fuh fuh. dah lama gila tak post entry kat blog, nak cakap blog bersawang, macam tipu je (teringat baca blog mok mustahil blog bersawang) okey fine, blog aku mana ada sawang, lubang mana ada sawang kan kan, elok cantik layout-konon-funky aku ni tersergam without any sawang on it. cakap mok ada benarnya. tp mungkin la imaginasi blogger tu tersendiri kan, dan-dan dia bukak blog dia, sawang bergayut-gayut di layout blog dia
ptg td sangat gembira sebab ada orang belanja cendol.
syukur alhamdulillah, rezeki hari ini
semoga dimurahkan rezeki sebab belanja makan
kita bg satu, Allah balas sepuluh ganda kebaikan :)
terima kasih terima kasih!
syukran jazilan..
hilang kempunan yg bermula dari dua minggu lepas lagi.
sayang u banyak-banyak cheeewaahhH :P
lepas tu dgn takda kerjanya aku g gatal tangkap gambar cendol
pekejadah?
takda kejadah, cuma tambah tebiat mengisi masa senggang (masa senggang kepala HO kau, padahal banyak lagi slide-slide perlu ditelaahkan, next paper Environmental LAW and Regulation, so pempaham la)
mula-mula guna setting auto
so beginila hasilnya, kaler cendol kusam
then aku tukar setting foliage, (aku yg buta vocab ni memula tak tahu apa jenis menatang ini setting, tapi icon kat situ ada gambar daun, so mungkin la untuk tangkap gambar daun-daunan atau dengan penggunaan meluasnya boleh snap alam semula jadi)
ternyata hasilnya : woo, setting ni berjaya menaikkan warna hijau cendol aku, wiiihooo! (batak)
lebih menarik dipandang berbanding sebelumnya kan kan
dan setting last ni aku pakai setting akuarium, konon air la kan (tahape-hape)
so ini la hasilnya, emm, entah.
nota telapak kaki 1 : maka terhasil entry cendol, sangat buat syarat nak update bloG. nak cerita benda lain ada je tapi semua kene tulis panjang-panjang. so just forgive and forget buat sementara waktu
nota telapak kaki 2 : ada orang tegur aku punya entry semua pendek-pendek, haah ek, aku baru perasan (ye la tuu) masalahnya kalau tulis panjang, mampu ke nak ngadap entry karangan aku ni nak baca satu-satu, baik la korang baca buku surat khabar ke, ensiklopedia ke, lagi berilmiah. tapi at one time, akan aku karang entry panjang biar terjojol mata baca, muahahaha (macam korang baca full) peHraHsanH!!