Salam Jumaat, siapa kena solat Jumaat tolong jangan ponteng. atau jangan dok sibuk nak beli nasi kukus ayam goreng berempah atau cekodok pisang yang di luar masjid tu instead of nak dengar khutbah.
Baiklah.
Tajuk hari ini bersangka baik.
Mulakan.
Malam tadi kan, aku dah plan siap-siap nak tidur di rumah member A.
Rumah dia kat Bandar B.
So disebabkan semalam aku outstation dan sampai lambat di rumah aku dalam pukul 8pm so aku leisure dulu, mandi, guling-guling kat sofa, packing sikit *beliabencipacking*
End up dah pukul 10 baru la aku terhegeh-hegeh nak gerak ke rumah member A.
Dah malam dan lambat ok!
Perempuan mana elok keluar-keluar tengah malam ni.
Seorang diri pulak tu.
(Sebenarnya aku dah dok termelangok tengok drama Isheteru kat tv9 tu. Tambah ada Sya (hosmet aka bff) and Hakim (adik Sya) so lagi meriah pulak hasil tontonan sebab masing-masing gelak sampai nak terbarai)
10pm ++.
Maka aku pun sampai di rumah member A.
Alkisah, dulu A pernah cerita kat aku. Kena hati-hati sikit kalau datang rumah dia.
Sebabnya jiran dia ni ada kes pecah rumah orang. Dan rumah A pernah kena. siap curi duit 2k, laptop 2, BB dan ada lagi la barang berharga. Baru-baru ni 2 minggu lepas rumah jiran belakang kena pecah
Modus operandi, dia mesti akan duduk depan rumah dia sambil hisap rokok dan dok perati la keadaan jiran-jiran.
Konon macam nak analyze aktiviti dorang la * ni namanya sangka buruk jangan contohi*
.. dan..
.. nak dekat tengah malam mesti ada kawan dia datang naik kancil then dorang tah pergi mana tah pastuh lepas tu balik pukul 4 or 5 pagi.
Suspicious kan! *ni namanya sangka buruk lagi jangan contohi*
Masa aku dah sampai rumah A, tengok-tengok ada kereta kancil dah ada kat rumah jiran A.
dan ada seorang lelaki kat situ.
Tengah tunggu jiran A bersiap kot.
Serius aku cam termenggelabah.
Orang jahat kot!
Takuuutt weh!
Cepat cepat cepat gerakkk *feeling askar prebet*
Aku cepat-cepat ambil baju aku, laptop and apa yang patut, dah la banyak grr.. apa la barang yang aku bawak ni T_T
Tutup pintu kereta.
Teett. Kunci kereta.
.. dan jalan laju-laju melintasi lelaki kereta kancil A.
Dia tengah dok perati aku.
Ok Takuuutt!
dan. baju aku jatuh depan dia. shit. ini bukan drama sinetron.
yang nak jatuh time tu jugak kenapa?
kutip baju. dan jalan cepat-cepat.
* lup dup lup dup* berdebar ketakutan
"kak.. oo kak"
dia panggil aku ke?
Ah, buat bodoh je. Dah nak sampai pagar ni. Tinggal nak bukak je.
"kak!"
Masih buat bodoh.
Aku dah pegang pagar.
"kak, lampu kereta tak tutup la.."
.
.
.
.
.
.
.
*Gulp!* M A L U *Gulp!*
Patah balik. Sengih kerang busuk jap depan dia.
Tutup lampu kereta.
dan cakap sambil sengih kerang busuk lagi..
"Terima kasih banggg!"
"hmm sama-sama" balas abang itu dingin
(terus aku tukar jadi abang sebab dia dah buat baik ke?)
(dingin - eh dia tahu ke aku fikir jahat tadi ke sebab nak tunjuk macho?)
Terus masuk rumah cepat-cepat.
Mungkin malu. atau mungkin masih lagi takut?
Yang mana satu betul tak pasti =.=


4 comments:
hahahahaaa..oyenks,mule2 aku rase citer ko macam saspen,tibe2 jadi kelakar pulak.haha
Miza, aku sikit punya takut and cuak ok memula tu. tapi serius malu. jahat betul aku.
terima kasih menyinggah dan jadi tukang gelak entry aku :D
Kalo ak la mmg malu tahap cipan dh.... malu gell
ko mmg kan izzi saja nak downkan aku -.-
tapi mmg malu tahap cipan pun rasa cam nak hantuk muka ni kat bonet kancil dia zzz
Post a Comment