Bangun pagi, solat subuh, capai handphone..
dan terus sms
Me :
Morning babe!
Sorry malam td sampai umah Ain terus membongkang.
Kena penangan durian gak. Gle gle. Memang dasar gemok! *sambil resah tengok inch perot*
konon nak exercise start dari pagi semalam asyik tak menjadi.
Lagi sayang tidur dari bangkit untuk exercise.
Pagi ni cam nak makan roti canai sedap kat rumah ain ni nyums nyums. *stress*
Ko sorang je kan babe? Anything roger laa. Taking care muahhHhs.
Perasaan nak exercise setiap kali tiba weekend tu memang selalu sangat ada.
Perasaan je la. Action memang hancur seperti kacang yang diblender untuk dibuat kuah kacang.
Sedapnya kuah kacang buatan Ummi! Nyum Nyum! *Wajah bercahaya tiba-tiba*
Tengok! Asyik ingat makanan je kan +.+
Her :
A ah sorang2.
Tapi malas nak cari org, weekend ni anti social jap.
Tp nnt kalau aku dah puas berseorang aku cari ko k?
Lunch ke ape. Ak ngah pkir2 ni nk jog ke x haha.. *sambil guling atas katil*
Phrase yang last tu aku dah mula rasa macam tak sedap hati.
Kalau dia jog habislah??
Siapa nak gemuk sama-sama dengan aku??
I mean sekurang-kurangnya gemuk kat tang bontot.
Kalau dia tak temankan siapa lagiii..
Ya, bunyi semacam keji tapi lagi keji dia biarkan aku gemuk sorang-sorang!!
Ini lah hasil riak wajahku :O
Me :
Bodohhhhh. Siyes doh ak rasa nak jog tapi tak cukup gigih. ArghhH!
Lg 1 chance petang ni.
Kena keluarkan peluuUuuhhH!
Hari anti sosial aku semalam.
Weeehoo0! Hari setelkan semua masalah berkaitan kain!
(Basuh kain, jemur kain, lipat kain dan seterika kain) =.=!
Her :
Kain? Apekah? (Dah terjawab di atas)
Btw. Aku ngah bodoh2 lg kat rumah.
Ngah fikir nak makan dulu ke jog dulu.
Yes aku jog! Oyen gemuk kalah yes!
Gulp!!
Dia nak jogging la pulak!
Sengal sengal ah!
Kenapa tetiba dia nak semangat-semangat ni.
"Alaaa jom la gemuk lagiii sama-sama.
Sweet apa?" bisih hati kecil lemakku
Aku sumpah malas gila time tu.
Dah la tak bawak baju lebih tidur rumah Ain, just bawak baju secukup rasa je.
Takpe belasah je pakai baju tidur ni.
Nasib baik memang pakai track suit and t-shirt yang bersesuaian.
Me :
Bongonggggg!
Ko jog mana weh!
Tayah jogggg lahHhhhh!
Ayat dengki taknak bagi jog.. ok fine fine sebenarnya taknak bagi dia kurus at least 0.00009452753 inch dari aku ... Daku takkan benarkan ini terjadi like seriously tak bolehhh!
Mana boleh! Tak bolehh
Her :
Nk g Tasik Ampang kot. Wheeee.
Time ni aku dah mula ligat fikir mana aku nak lambakkan lemak-lemak aku untuk dijoggingkan.
Think! Think! Think!
Come on! *Perah otak gila-gila time ni*
Ada perasaan nak pergi je join dia kat Tasik Ampang tu tapi like heaven lah pulak jauhnya =.+!
Bazir duit minyak dah jadi satu kes lain. Ok solution tu tak best langsung - REJECTED!
Me :
Tasik Ampang katne? Ok xleh jd aku kena kuar jugak!!
Masih lagi berfikir! Arghhh kat mana ni! *Otak dah mula jem
Her :
Umm.. Tah cane nak explain..
Aaam sebelah Tesco Ampang ke?
Sebelum U-turn kat MRR2 tu, lepas Tesco Ampang kat kiri.
.. and yeah! Idea mariii!
ting! ting! ting!
Me :
Ohoo tahu tahu!
Ok aku pun dah nak gerak ke Taman Tasik Bangi weeehooo0o!
*sambil sayu tengok Ain membongkang!*
Her :Ler! Mana canai nye?
See ayat pendengki nak suruh aku makan canai instead of jog!
Nehi betti mere nehi :D
.. 10 minit ..
.. 30 minit ..
.. dan 1 jam selepas itu ..
Me :
Gle dengki ayat canai tU!
Weehoo0ooo!!
Thanks bb. Sbb ko lah aku terdesak nak p jog!
End up berjaya join senam robik perdana kat Taman Tasik dekat rumah Ain ni!
40 min kUu terasa begitU berharga sekali sampaikan nak makan canai pun takut.
Rugi penat2 senam robik. Best gle!
Muzik kuat bergema dia satu Taman Tasik!
Yeay! Seronok bila peluh merecik2 di celahan alur bontot, lurahan dada dan juga pelipat2 ketiak dan peha :D
Perasaan sekarang :
- Terus bersemangat nak turun Taman Tasik setiap hari Sabtu dan Ahad especially kalau ada aktiviti kemasyarakatan sebegini.
- Terus rasa nak download klip-klip senam robik - untuk work out setiap petang.
- Terus rasa nak approach persatuan-persatuan senam robik, kot boleh join aktiviti dorang setiap minggu.
.. Persoalannya, akan terbuatkah aku semua itu? =.=
.. Sepatutnya aku terus buat point no 2 sekarang ..
.. tetapi aku dah berjaya update blog pula..
" .. eh takpa takpa hang usah dok risau naa .. ok pa hang dah exercise jari hangg .. "


2 comments:
Sukeeee dapat ransang oyen pagi2 yg indah ituuuuuu!! Jom saling meransang selalu!! Hapuskan lemak!
Izza, yeah rangsangan ko mmg berhasil babe. tak kira apa jua rangsanga pun. eh?
Post a Comment